Mesyuarat Agung PIBG SKSR Kali Ke 33
Mesyuarat Agung PIBG SK Simpang Rengam akan diadakan pada 14hb. Mac 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan SK Simpang Rengam mulai jam 8.00 pagi. Semua ibu bapa murid SKSR dijemput hadir. Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Tuan Hj Yusof Bin Md Sheh mantan Guru Besar SK Simpang Rengam. Selepas mesyuarat agung akan diadakan pula Majlis Anugerah Cemerlang UPSR untuk tahun 2008. Seramai 23 orang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 2008 dijangka hadir untuk menerima anugerah tersebut.
Hari ini 25hb. April 2009 (Sabtu)
Semua guru dan kakitangan SKSR menghadiri kursus ICT bertempat di Makmal Komputer SKSR mulai jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Fasilitator yang dijemput menyampaikan ceramah ialah En Ahmad Bin Robi (Pegawai dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri yang bertugas di PKG Rengam).
Hari ini 08hb. Ogos 2009 (Sabtu)
Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Majlis Tautan Kasih telah diadakan di SKSR. Majlis Tautan Kasih anjuran KEBIRU SKSR telah diadakan sempena meraikan beberapa orang guru dan kakitangan SKSR yang telah bertukar ke sekolah lain. Antara yang diraikan ialah Tuan Hj Saif B Hj Nordin yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar dan bertugas di SK Tenggaroh Selatan, Pn Fauziah Bt A.Manan dan Pn Nur Hazlina Bt Md Salleh.